Wednesday, May 21, 2008

RAWATAN AKAR UMBI

Walaupun PRU 12 telah lebih dua bulan melabuhkan tirainya, hingga ke saat ini kesannya masih lagi menebal bagi rakyat Malaysia khususnya para pejuang-pejuang serta pemerhati politik dari pelbagai pihak. Terdapat pelbagai rumusan yang dibuat, namun yang paling popular adalah hakikat bahawa bukan UMNO yang tewas tetapi rakan-rakan komponen BN yang lain. UMNO masih lagi gagah di persada politik negara (79 kerusi parlimen) meninggalkan gabungan PAS dan PKR (55 kerusi parlimen).

Di mana kekuatan BN, pada huruf 'B' kah? Atau pada huruf 'N' kah? Jawapannya, bukan kita tunggu selepas ini, jawapannya adalah kekuatan BN adalah terletak pada U.M.N.O.

Umum mengetahui bahawa UMNO perlu dirawat segera untuk memperkasakan lagi angkatan yang selama ini menjadi wadah perjuangan ummah Melayu di negara yang amat kita kasihi ini. Antara pendapat popular yang pernah diutarakan adalah tuntutan mendesak perubahan kepimpinan di peringkat atasan sebagai langkah besar untuk bertanggungjawab sepenuhnya atasan kemerosotan BN baru-baru ini. Namun Pak Lah memilih untuk menghadapi segala cabaran dan tidak berundur walaupun seinci. Pelbagai usaha dari atasan telahpun diterokai seperti desakan kepada pimpinan pelbagai peringkat untuk mendekati rakyat di akar umbi.

Namun tidak ramai yang menyedari bahawa inisiatif sendiri pejuang-pejuang parti di pelbagai peringkat mampu melekakan umum yang asyik menumpukan perhatian kepada isu nasional - 'kesan PRU 12' berlarutan selama lebih dua bulan itu dan tidak berbuat apa-apapun untuk mendekati golongan muda dan menyemai 'networking' dengan pelbagai pihak dalam menambah bukan sahaja kuantiti malah kualiti akar umbi.

Jangan terlalu taksub kepada perbincangan, rintislah jalan sendiri yang positif agar anak cucu kita nanti tidak menempelak tindak tanduk kita pada hari ini.

HASIL PERJUANGAN DATUK NENEK KITA DAHULU TELAHPUN KITA KECAPI NIKMATNYA PADA HARI INI, JANGAN BIARKAN ANAK CUCU KITA YANG KEMPUNAN NANTI!

No comments: