Wednesday, May 28, 2008

MASUK, JANGAN TAK MASUK BALIK!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO semalam adalah tanpa syarat dan tidak akan diberikan layanan istimewa. Langkah Ezam itu memberi satu semangat baru kepada UMNO.

Dalam lain perkataan, kemasukan Ezam dan ramai lagi dalam UMNO tentulah membantu kepada kekuatan parti. Kemasukannya boleh memberi ruang kepada orang lain untuk kembali menyokong UMNO dan BN.

Dalam perkembangan lain, 100 orang Orang Kena Tahan (OKT) juga akan mengikut jejak Ezam hari ini di Shah Village, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Pihak pembangkang selalu menimbulkan kemungkinan pembentukan kerajaan baru Malaysia akibat dari beberapa MP BN yang disasarkan untuk melompat ke PR. Namun begitu, dengan perkembangan terbaru dalam UMNO, mungkin dalam tempoh terdekat ramai wakil-wakil rakyat PR Perak akan melompat ke BN dan Perak kembali ke tangan BN.

Kusangka hujan hingga ke petang, rupanya ada sinar mentari di tengahari. Mungkin kemasukan semula Ezam yang mendaftar sebagai ahli seumur hidup itu akan menjadi titik tolak ke arah kebangkitan semula UMNO di persada politik tanahair.

Kita tunggu dan lihat!

Wednesday, May 21, 2008

SYABAS PAKATAN RAKYAT

Keterlanjuran barisan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dalam mewujudkan persekitaran pasar sebenarnya adalah langkah drastik untuk meraih populariti murahan dari rakyat. Mereka bermati-matian untuk membuktikan bahawa sememangnya mereka adalah pembangkang sejati mendedahkan keburukan kerajaan, kononnya.

SEKARANG SIAPA YANG NAK TOLONG JAWAB TENTANG MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR DI LOBI PARLIMEN, SIAP POTONG KEK LAGI, AGAKNYA 'CELEBRATE' ANAK ATAU CUCU PEREMPUAN ATAU SESIAPAPUN!

SYABAS, PAKATAN RAKYAT, SEJARAH TERCIPTA DI PARLIMEN PADA HARI INI PADA JAM 1.00 PETANG!

RAWATAN AKAR UMBI

Walaupun PRU 12 telah lebih dua bulan melabuhkan tirainya, hingga ke saat ini kesannya masih lagi menebal bagi rakyat Malaysia khususnya para pejuang-pejuang serta pemerhati politik dari pelbagai pihak. Terdapat pelbagai rumusan yang dibuat, namun yang paling popular adalah hakikat bahawa bukan UMNO yang tewas tetapi rakan-rakan komponen BN yang lain. UMNO masih lagi gagah di persada politik negara (79 kerusi parlimen) meninggalkan gabungan PAS dan PKR (55 kerusi parlimen).

Di mana kekuatan BN, pada huruf 'B' kah? Atau pada huruf 'N' kah? Jawapannya, bukan kita tunggu selepas ini, jawapannya adalah kekuatan BN adalah terletak pada U.M.N.O.

Umum mengetahui bahawa UMNO perlu dirawat segera untuk memperkasakan lagi angkatan yang selama ini menjadi wadah perjuangan ummah Melayu di negara yang amat kita kasihi ini. Antara pendapat popular yang pernah diutarakan adalah tuntutan mendesak perubahan kepimpinan di peringkat atasan sebagai langkah besar untuk bertanggungjawab sepenuhnya atasan kemerosotan BN baru-baru ini. Namun Pak Lah memilih untuk menghadapi segala cabaran dan tidak berundur walaupun seinci. Pelbagai usaha dari atasan telahpun diterokai seperti desakan kepada pimpinan pelbagai peringkat untuk mendekati rakyat di akar umbi.

Namun tidak ramai yang menyedari bahawa inisiatif sendiri pejuang-pejuang parti di pelbagai peringkat mampu melekakan umum yang asyik menumpukan perhatian kepada isu nasional - 'kesan PRU 12' berlarutan selama lebih dua bulan itu dan tidak berbuat apa-apapun untuk mendekati golongan muda dan menyemai 'networking' dengan pelbagai pihak dalam menambah bukan sahaja kuantiti malah kualiti akar umbi.

Jangan terlalu taksub kepada perbincangan, rintislah jalan sendiri yang positif agar anak cucu kita nanti tidak menempelak tindak tanduk kita pada hari ini.

HASIL PERJUANGAN DATUK NENEK KITA DAHULU TELAHPUN KITA KECAPI NIKMATNYA PADA HARI INI, JANGAN BIARKAN ANAK CUCU KITA YANG KEMPUNAN NANTI!

Tuesday, May 20, 2008

WANGSA MAJU HARI INI

Desakan MP Wangsa Maju - PKR, pada sidang parlimen semalam (20/5/2008), agar Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan kerana mempunyai mempunyai fungsi yang bertindih dengan peranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ternyata berjaya.


Pertama, berjaya dalam membuktikan bahawa beliau tidak faham tentang hubungan di antara Kementerian dan DBKL, dengan memberi tumpuan khusus kepada kemajuan Wilayah Persekutuan.


Kedua, berjaya dalam membukti bahawa beliau tidak sedar bahawasanya peranan Kementerian pada masa ini meliputi tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.


SEBENARNYA, beliau bagi pihak 10 ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan (PRWP) yang lain:-


1) Amat berbangga dengan prestasi mereka tatkala PRU 12 tempohari mengepung MP Setiawangsa - BN (merangkap Menteri Wilayah Persekutuan) 100% keseorangan dalam WP.


2) Amat hampa mereka masih lagi dipimpin oleh MP Setiawangsa - BN sendiri meskipun pelbagai kutukan telah dilemparkan termasuklah isu undi pos (menggelar MP Setiawangsa - BN sebagai Menteri Undi Pos walhal MP Wangsa Maju sendiri meraih UNDI POS berjumlah 318).


3) Amat kecewa bila tidak seorangpun ahli parlimen PRWP dilantik untuk menganggotai Jawatan Perancangan Deraf Pembangunan Kuala Lumpur 2020 (mana nak letak muka bila rakyat mula bertanya apakah peranan wakil-wakil rakyat PRWP dalam perancangan deraf tersebut dan yang paling utama sekali, 10 orang pun tak boleh nak kawal 1 orang ke?)


NAMPAKNYA, CALON PERTAMA UNTUK SEKOLAH DEWASA WANGSA MAJU TELAHPUN DITEMUI.


SYABAS, MP WANGSA MAJU - PKR.


TERUSKAN PERJUANGAN TAK BERMATLAMAT DAN KEEGOAN ANDA!